Menu

Part-time bisnes yang terkenal.... Gaji 3 kali sebulan.... No 1 di Rantau ini

Soalan Lazim (FAQ)


SOALAN: Bagaimana Konsep perniagaan WOW ToneExcel Referral Program ini?
Kerja anda hanyalah menjual SIMKAD handphone Tone Excel (yang menggunakan perkhidmatan TuneTalk) kepada saudara mara, adik beradik, sahabat handai, rakan taulan. Hasilnya kepada anda ialah, jika mereka top-up handphone mereka maka anda akan dapat komisyen. Selama mana mereka menggunakan simkad tersebut, selama itulah anda akan menikmati komisyen dari toneexcel.

SOALAN: Apakah service provider yang digunakan?
Toneexcel menggunakan service provider Tune Talk dan prasarana Celcom.

SOALAN: Berapakah charge panggilan dan sms yang dikenakan?
Dari 28 sen panggilan seminit dan 10 sen sekali sms.

SOALAN: Apakah kelebihan lain jika saya menggunakan prepaid Tune Talk Tone Excel ini?
Anda boleh mengekalkan nombor lama, anda diberi insurance kemalangan sebanyak RM100,000, menaiki kapal terbang AisAsia secara PERCUMA (mengikut syarat yang ditetapkan), point tersebut juga boleh ditukarkan kepada airtime atau handphone dan juga peluang untuk menjana pendapatan sampingan yang lumayan.

SOALAN: Bagaimanakah marketing plan untuk perniagaan ini?
Setiap kali kita sponsor rakan, kita diberikan RM20 sebagai fast track bonus, dan juga kita dibayar komisyen sebanyak 6% untuk Group 1 yang topup, 3% untuk Group 2 yang topup dan 11% untuk Group 3 yang topup.

SOALAN: Apa kelayakkan untuk menerima komisyen?
Anda dikehendaki top up minimum RM20 dalam sebulan, dan juga jumlah terkumpul komisyen anda melebihi RM30.

SOALAN: Adakah saya kena top-up minima RM20 tersebut sekali gus atau boleh sedikit-sedikit?
Kedua-duanya boleh.

SOALAN: Apa jadi pada bulan tersebut jika saya top-up jumlahnya tak sampai RM20?
Sekiranya anda sudah ada downline, dah bulan tersebut anda sudah ada komisyen, maka anda tidak akan mendapat komisyen pada bulan itu sahaja, bulan-bulan lain tetap dapat jika topup lebih RM20.

SOALAN: Bagaimana dengan signal Tunetalk ini?
Disebabkan mereka juga menggunakan prasarana Celcom, maka jika dikawasan anda itu, line celcom baik, maka line Tune Talk juga baik.

SOALAN: Setelah saya menyertai perniagaan ini, apa yang perlu saya lakukan?
Jadikan kesemua ahli keluarga anda yang terdekat, seperti ibu/bapa, suami/isteri anak-anak, adik beradik, saudara mara yang terdekat, pekerja anda, atau sesiapa yang menggunakan telefon bimbit prepaid bertukar telco ke talian tunetalk ini. Kalau dulu anak-anak kita menggunakan talian XXX Company, kalau mereka topup (kadang2 kita juga yang bagi duit top-up), Company XXX bertambah kaya, kali ini jika mereka menggunakan talian tunetalk dalam WoW Program ToneExcel, mereka topup, kita pun dapat sedikit hasil.

Selepas itu barulah promote kepada orang lain, seperti rakan sekerja, sahabat-sahabat dan sebagainya. Ceritakan peluang ini dan ajak mereka sekali. Terangkan yang ini bukan MLM, tapi guna handphone macam biasa dan dapat upah jika ceritakan pada orang lain.

SOALAN: Bagaimana cara promosi perniagaan ini?
Terangkan kepada rakan-rakan anda peluang perniagaan ini.

SOALAN: Bagaimana untuk saya mendapatkan satu website percuma untuk saya mengembangkannya secara online?
Anda boleh memohon untuk memiliki website promosi secara PERCUMA.

SOALAN: Bolehkah saya nak sponsor ahli keluarga saya tetapi pembayaran komisyen terus ke akaun bank saya?
Boleh. Apa yang perlu dilakukan adalah didalam member area mereka, dibahagian bank akaun info masukkan maklumat bank anda dan jangan lupa faxkan atau scan borang penyerahan komisyen ini ke 03-9054 0278.

SOALAN: Saya telah menggunakan simkad tunetalk biasa yang berharga RM5 dikedai, bolehkah saya ingin mengekalkan no tunetalk ini kepada SIMKAD Tunetalk-ToneExcel saya yang baru?
Boleh.

SOALAN: Saya tidak pandai komputer, tiada laptop, tiada broadband, boleh kah saya jalankan perniagaan ini?
Sangat boleh, kerana kita menjalankan perniagaan ini tidak memerlukan komputer atau internet langsung, 100% menggunakan cara SMS.

SOALAN: Saya pergi kekedai saya dapati mereka jual simkad pada harga RM5 sahaja, bukannya RM98?
Tunetalk mempunyai 2 jenis simkad, satu simkad tunetalk yang biasa harganya RM 5 sekeping dan call ratenya 15 sen seminit dan 5 sen SMS, dan simkad ini tiada referral program, kalau kita promote pada orang lain simkad ini tiada komisyen.

Manakala kedua adalah Simkad Tunetalk-ToneExcel, yang ini harganya sekeping RM98 dan calling ratenya 28 sen seminit dan 10 sen SMS tetapi ada referral program, kalau promote pada orang lain dapat komisyen. Dan simkad ini tiada dijual dike8dai-kedai talipon, hanya boleh didapati daripada main office di Sri Petaling atau mana-mana service centre yang dilantik oleh Toneexcel. Tetapi kedua2 jenis simkad ini, kalau nak top up dikedai, hanya minta top up tunetalk sahaja.

SOALAN: Orang kata call rate tunetalk-toneexcel ni mahal, sampai 28 sen panggilan seminit?
Sudahkah anda lihat call rate dari Digi ke telco yang lain. Maxis ke telco yang lain. Kesemua panggilan itu lebih mahal dari 32 sen seminit, ada yang 33 sen ada 35 sen dan ada yang 36 sen. Jadi tunetalk-toneexcel adalah yg paling murah. Lagi satu kalau lah saudara kita memang pakai phone, dan selama ini pun masih bayar prepaid atau pun bil, mereka hanya bagi orang lain lebih kaya, kenapa tak kali ini bagi anda yang kaya, walau pun kaya sikit-sikit, lama-lama kaya tu jadi bukit. Kalau tak masuk program ni pun mereka tetap pakai handphone juga.

SOALAN: Bolehkah orang dari luar negara yang tinggal di Malaysia untuk menyertai program ini?
Boleh, hanya gunakan no passport mereka, dan lebih mudah jika mereka sudah pun memiliki bank account di Malaysia.

SOALAN: Boleh saya mengekalkan nombor lama, tetapi nombor lama itu adalah nombor line atau postpaid dari telco yang lain?
Boleh, mereka kena selesaikan bil-bil tertunggak dahulu.

0 comments:

Post a Comment

Search This Blog

Copyright © Tambah Duit dengan Beli Topup | Powered by Blogger

Design by Anders Norén | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com